Saturday, 5 May 2012

Mencari ketenangan

Kita selalu disogok dengan emosi yang dahsyat
apabila amarah yang kuat lama tersirat.

Solusinya, ambil wudhuk.
Baca surah Al-Insyirah.

Sesungguhnya dalam setiap kesulitan,
ada kemudahan.

Dua kali ayat yang sama diulang oleh Allah S.W.T
dalam surah ini.
Mengingat seluruh hambaNya bahawa
dia sentiasa berada bersama kita semua.

dan Allah juga menyebut dalan surah ini,

Jika kamu sudah selesai sesuatu tugas,
teruslah bekerja keras 
untuk urusan yang lain.

Dan surah ini ditutup dengan ayat,

Dan hanya kepada Allah lah 
kamu berharap.

Maka, apa-apa pun yang terjadi.
Nabi Muhammad itu contoh utama,
dan Al-Quran itu panduan hidup.
Emosi itu memang kurniaan Ilahi,
untuk kita gunakan sebaiknya 
perasaan yang sangat berharga.

Refleksi bersama.
Wallahualam.

No comments: