Friday 16 September 2011

Radical

i simply don't understand why certain people are being so radical, towards certain issues.























ok, bahasa melayu time.







1.Politik- ya, anda sangat dibenarkan untuk ada pendapat sendiri tentang sesetengah isu politik dalam atau di luar negara. NAMUN, dengan mempunyai pandangan sendiri tidak sama sekali membenarkan anda untuk menjadi obses terhadap sesuatu pihak. Menjadi obses hanya menampakkan kegagalan anda dalam menjadi seorang yang berfikiran matang. Walaupun anda ingin menjadi PERDANA MENTERI suatu hari nanti, tidak semestinya anda perlu menjadi seorang yang terlalu taksub dengan kerajaan hari ini. Bukankah satu perkara yang baik jika anda dapat juga mendengar kata-kata pembangkang supaya suatu hari nanti, anda boleh mengubah dan menambah baik kerajaan.







2.Hiburan- kalau anda minat Justin Bieber tak semestinya anda perlu mempunyai semua perkasa yang dia ada.(anda memang takkan dapat selena gomez pun). DAN, anda juga tidak perlulah melakukan cubaan membunuh terhadap Selena jika anda sangat sayang kepada Justin Bieber. Kata peminat nombor satu, tetapi tidak boleh terima kebahagiaanya bersama orang lain. Apa cerita? Minat itu biarlah berpada-pada. Tidak perlu jadi radikal sehingga mahu memboikot sesiapa yang tidak meminati artis kegemaran anda itu.







3.Agama- mungkin saya bukanlah ustazah mahupun bakal ustazah, tetapi bagi pandangan saya, tidak perlulah kita mengubah segala fatwa yang dikeluarkan. Contohnya; perempuan yang tidak menutup aurat itu akan diseksa dengan api neraka, jadi jangan kawan dengan mereka, mereka ahli neraka. Habis tu, bagaimana pula dengan kebaikan mereka menolong kita jika kita tiada duit. Entah-entah, solat mereka yang penuh daripada kita yang menutup auratlah katanya. Tidak menutup aurat tetaplah digariskan sebagai berdosa, tetapi daripada kita tidak berkawan dan memboikot mereka lebih baik kita ajak mereka tutup aurat sama. Kan sama-sama boleh tambah pahala? Dadah haram kerana mengkhayalkan, jadi facebook juga haram kerana ada orang yang khayal dengan facebook. Macamtu? senang cerita, macamana pulak kelebihan facebook dalam mengeratkan silaturrahim antara ramai orang? Dapat berjumpa kembali dan 'reconnect' dengan rakan-rakan yang 20 tahun tidak dijumpainya? ADAKAH ITU JUGA DIKATEGORIKAN SEBAGAI DOSA BESAR DALAM ISLAM? hang fikirlah sendiri. Sedangkan para ulama sendiri masih berdebat dalam isu sebegini, maka saya hanya membuka ruang untuk kita sama-sama berfikir dari sudut yang lebih neutral.







Hakikatnya, kita semua manusia yang mempunyai fikiran yang berbeza-beza. NAMUN, tidak perlulah kita menjadi RADIKAL terhadap sesuatu isu. Dan sesuka hati meletakkan sesuatu fakta/fatwa bukan pada tempatnya. Bukankah itu definisi ZALIM? Lebih baik kita jadi neutral sahaja. Rujuk mereka yang layak dirujuk. Hidup dengan gaya berhemah. Menyatakan sesuatu pendapat dengan berhemah. Barulah kita layak digelar MATANG.

p/s: saya juga mengingatkan diri saya sendiri. Yang baik itu ambil, yang tidak itu buang jauh-jauh.

No comments: