tidak faham dengan masyarakat sekarang yang semakin lupa dengan rasa malu.(rasa macam penceramah agama sekejap, heh).
BUKANKAH MALU ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN?
tapi yang ini lain cerita, kalau ya pun tak malu dek orang ramai nak menayang-nayang tu, tapi malu la diri sendiri. tubuh tu kita pinjam sahaja kot, tak payah la susah-susah nak bagi tambah nafsu untuk lelaki-lelaki bukan mahram dekat luar sana.
contoh paling mudah, pakai seluar tak cukup kain. hah, habis terdedahlah paha yang kononnya putih mulus gebu tu. kalau yang lawa pahanya boleh lah tahan lagi, ini tidak aci redah ja pakaian. yang gambar dekat atas ni posh beckham, suka hati dialah nak pakai begitu, bukan agama islam pun. yang beragama islam ni, kenapa lah susah sesangatnya nak pakai seluar sampai ke bawah? terhingin sangat ke nak bergaya macam artis hollywood tu? apa dia? tak nak jadi out-dated? haktuih lah tu, baik jadi outdated sikit daripada out of list from orang yang masuk syurga.
next, yang ala-ala seksi pakai baju nampak pusat. alahai, tak cukup sangat ke kain dekat malaysia ni, itu belum lagi dengan dada yang terdedah-dedah tu. kasi lah istimewa sikit bakal suami yang rasmi dulu, ni aci kasi free show dekat semua orang. bila benda yang tak elok dah jadi, nak overdose marah dekat laki tu. reflect balik lah. dia bukan malaikat, dia manusia yang ada nafsu dan yang hang dok pi pakai mcmtu pasai apa kn? sendiri yang cari nahas.
rambut? yang ni lagi satu. mungkin antara sebab yang major adalah bila mereka-mereka(kalau dkt hk dbt pki bhs ni, mmg hbsla mrkh bhs aku) yang tak hingin pakai tudung walaupun banyak sangat fesyen tudung yang bergaya sekarang adalah apabila mereka suka wujudkan situasi-situasi sebegini.
1. "alah, baru 16 tahun, lama lagi hidup. nanti dah besar sikit nanti, pakailah. Tuhan kan sentiasa buka pintu taubat"
-amboi pandai cakap pasal Tuhan and sesuka dia je nak ingat dia hidup lama. Wallahualam.
2."alah, anak mak ngah, mak cu, mak long, mak uda semua belum pakai lagi. jiran sebelah ni dah tua kerepot pun tak pakai lagi. tu hah, kawan saya ramai tak pakai lagi. kenapa saya kena pakai pulak?"
-dey! nak tuntut satu dunia pakai baru awak nak pakai ke? kalau dia masuk neraka, hah, awak pergilah join sekali.
3."alah, saya tak nak jadi hipokrit. mana boleh dipaksa-paksa dalam nak memakai tudung ni. bukan ke dalam islam sendiri tiada paksaan. Macamane kalau saya pakai tudung tapi saya buat benda yang tak senonoh kan ke nama islam jugak yang rosak?"
-amboi, pakai ugut dan berdiri atas nama islam pulak tu. hah, yela kau. tak hipokrit sangatlah tu.
dan banyak lagi alasan-alasan nya.
apa yang saya cuba sampaikan adalah, kita ni orang melayu berdiri atas nama islam lagi. mungkin ada yang nak kata saya berfikiran kolot kan? tak ikut peredaran fesyen. alahai, saya pun suka tgk majalah fesyen. saya pun layan starworld, tgk ja antm dan banyak sangat dengar lagu berbahasa inggeris. tapi, saya takdalah pulak terhingin nak pakai macam mereka. apa yang hebat sangat tu? cuba bagi sikit alasan konkrit. lawa apa pakai baju tutup semua, tak payah pun pakai baju kurung setiap masa, saya pun rimas, tapi ok apa sarung tudung dan pakai baju tutup semua. boleh ja kekal lawa. ya lah, kalau orang dah lawa tu, lawa jugak en? heh.
tambahan pula, sekarang ni banyak tudung yang mudah dipakai. tak macam dulu, nak pakai tudung kena iron betul2 takut nampak huduh. sekarang ni, sarung ja dh ready to go. lilit sikit ja, dh boleh bergaya dah. tak susah sangat pun kan? dan kalau rambut tu lawa sgt tapela jugak, ini tidak stock yang dah macam kena bakar pun ada hati nak tayang habis.
bukan lah apa, kalau pasal rambut ini, saya boleh terima lah lagi tak nak pakai tudung. tak dapat hidayah lagi kot. tapi kalau bab paha dengan pusat tu, jagalah elok2 ya.
saya juga ingin mengingatkan diri sendiri di sini. saya pun, takdela stock yang pakai tudung labuh, baju labuh semua. takdela stock yangg ckp pun suara mcm tk nk keluar. takdela stock yang hadap al-quran setiap masa. tapi, tak salah kan kita ingat-mengingatkan. sebab seperti mana norma seorang manusia itu mudah sangat untuk lupa.
p/s: kenapa bahasa melayu? sebab bahasa melayu ini bersifat menusuk sikit untuk menyampaikan mesej-mesej sebegini.
semoga kita sama-sama dirahmatiNya. amin~
1 comment:
yaaww,greaat,dont worry,yg penting kau jaga auraat kau,tu pun kejayaan terbaik di akhir zaman ni,iaitu jaga kehormatan diri sendiri instead tegur org lain,but perangai sama bagai ketam mengajar anak jalan betul.
anyway,nice writing!hope u can read mine http://adaniabdulsamat.blogspot.com
bravo kak seri!
Post a Comment