Friday 17 September 2010

BOOM!

MERCUN! sejujurnya, i'm not that into mercun thingy, NOW. dulu-dulu waktu zaman jahiliah tu memanglah semua jenis mercun mahu dibakar, mercun naga, mercun das, mercun padi, macam-macam jenis mercunlah yang nak cuba dibakar sampai dengan baju adik sekali dibakar. dan seperti biasa, mestilah kena marah. yang adik saya tu pun satulah, orang memang nak bakar dan baling mercun tu, yang dia duduk dekat sangat tu apa pasal? hailohailo. tapi, tak apa kalau memang dah lumrah anak yang paling nakal kan, anak kedua lah katakan, memanglah asyik kena marah walaupun kadang-kadang benda tu bukan salah kita. tapi, apa yang saya cuba nak ceritakan sekarang bukanlah pasal MERCUN ataupun SINDROM ANAK KEDUA. tapi saya nak cerita pasal raya tahun ni lah.

*sighsigh* raya tahun ni memang berbeza dan pelik. sebab saya memang tiada feel nak raya pun. balik kampung pun sehari sebelum raya(memandangkan ayah saya perlu berurusan dengan orang terpenting negara). tidak seperti tahun-tahun lepas, kami sekeluarga memang akan balik 2/3/4 hari sebelumnya. dah tu, dengan PMR yang bakal menjelma tidak lama lagi, lagilah membuatkan saya tiada feel, cehh cakap tu macam cuak sangat saja nak PMR, padahal macam tak sedar diri langsung nak PMR. masalah sungguh.dan apa yang paling masalah tu, saya tak tahu pun rupa BAJU-BAJU raya saya, memandangkan semuanya mak yang belikan. dan yang tak boleh blah tu, baju saya memang sama saiz dengan adik saya, yasmin. memanglah keliru nak tahu mana satu baju raya saya. sampai makcik-makcik saya gelakkan saya sebab nak gosok tudung untuk pagi raya tapi tak tahu nak pilih warna apa, jadi untuk bertindak selamat saya pun gosoklah tudung yang berwarna krim sesuai semua baju, heh.

Lagi satu perkara untuk dikongsi, saya memang sejujurnya tidak suka langsung dengar lagu raya yang baharu ni, lirik tidak membina langsung. contohnya, lagu HARI-HARI HARI RAYA, nyanyian ANNA RAFELLI, liriknya berkisarkan tentang ceritanya dengan teman lelakinya pasti tidak akan bergaduh kalau hari-hari hari raya, sakit hati ja dengar lagu tu. dan, walaupun saya peminat setia YUNA, tapi saya memang sakit telinga betul dengar lagu raya nya, tidak habis-habis dengan OH,YEAH!

ohh, panjang pula membebel kan. maaf ya. dah lama tak meluah perasaan, maklumlah. apa-apa pun, selamat menjalani hidup dengan penuh ceria!

No comments: