Friday 11 September 2009

Surah al-imran ayat 159:
"Maka disebabkan rahmat Allahlah
kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka.
Sekiranya, kamu bersikap keras lagi berhati kasar,
tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.
Kerana itu, maafkanlah mereka,
mohonkanlah ampun buat mereka
dan bermusyawwarahlah dengan mereka dalam urusan itu.
Kemudian, apabila kamu telah membulatkan tekad,
maka bertawakallah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang
yang bertawakal kepada-Nya."
Alhamdulillah... Ramadan kali ini, memberi lebih semangat, pengajaran, keinsafan kepada ku. Semoga Allah terus merestui perjalanan hidup aku. ayat Al-Quran di atas membawa maksud bahawa kita perlulah bersikap lemah lembut dan tidak berhati kasar. Semoga ia boleh menjadi pedoman aku sepanjang waktu. ya, kadangkala kita tidak dapat lari daripada alpa. manusia itu kan tidak sempurna. Maka, kepada sesiapa yang seringkali terasa hati dengan kata-kata aku yang kurang menyenangkan, aku pohon maaf. mulut aku memang lancang, mungkin kerana itulah aku ditukarkan posisi daripada pendebat kedua kepada pendebat ketiga. tuntasnya, renung-renungkanlah ayat di atas. Semoga kita diklasfifkasikan di kalangan orang-orang yang beriman. amin~

No comments: