Sunday 9 August 2009

Kita ini Tetamu Senja





Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja,

Bila cukup detik kembalilah kita kepadanya,

Kita datang ini kosong tangan kosong dada,

Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.


Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang,

Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan,

Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang,

usahlah durhaka kepada tuhan kepada insan.


Bila kita lihat manusia lupa tempat,

atau segera sesat puja darjat puja pangkat,

segera kita insaf-kita ini punya kiblat

segera kita ingat-kita ini punya tekad


Bila kita lihat manusia terbiar larat

hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat,

harus kita sedar penuh pada tugas

harus kita tegas sembah seluruh rasa belas.


Kita datang ini satu roh satu jasad,

Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat.



demikianlah sajak yang baru aku deklamasikan sempena menjelang 75 tahun A.Samad Said.

sajak penuh makna.perasaan malas ditukar menjadi bertanggunggjawab apabila perlu mendeklamasikan sajak ini.demi seorang pahlawan sastera.perasan gementar bertukar teruja apabila aku digelar sasterawan muda.ada yang bertanya apakah aku sudah bertukar cabang daripada debat kepada puisi.tidak, ini cuma sekadar mencari kepuasan diri.identiti diri tidak pernah ditolak ketepi.aku sedar diri.ini cuma persinggahan bukan destinasi yang dituju.



p/s: i knw my words agak bersastera sket.

well, sasterawan muda kan?

haks~

No comments: